Salam sejahtera usahawan sosial semua,
Ketika saya melayari beberapa portal PID, mata saya tertangkap dengan satu berita di laman web PID Hulu Langat dibawah link "keusahawanan". Inilah yang saya lihat. Apa yang anda fikirkan..?

Semoga KUSPID sentiasa maju bersama komuniti. :)

Sumber: minisite PID Hulu Langat.

PENGENALAN


Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa merupakan sebuah kelab yang menjalankan pelbagai aktiviti keusahawanan sosial dengan sokongan Pusat Internet Desa. Terdapat beberapa Kelab Usahawan Sosial diseluruh Malaysia.


OBJEKTIF
  • Membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial dengan lebih mendalam
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial
  • Melahirkan usahawan-usahawan sosial
  • Membantu usahawan dalam mempromosi perniagaan mereka secara meluas

FAEDAH AHLI
  • Diskaun untuk penggunaan fasiliti di PID
  • Rangkaian kerjasama Kelab Usahawan Sosial di 42 PID seluruh Malaysia
  • Menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan
  • Peluang untuk promosi perniagaan

Projek Pusat Internet Desa (PID) atau Rural Internet Centre ini adalah salah satu telecentre yang ada di Malaysia yg ditubuhkan pada bulan April 2000 oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK). Terdapat 42 PID diseluruh negara dan setiap PID diuruskan oleh 2 org iaitu penyelia dan penolong penyelia. PID ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk masyarakat dalam menghubungkan jurang digital antara kaum luar bandar dan bandar melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti komputer dan internet.

Lazimnya, PID tersebut terletak bersebelahan dengan pejabat pos dan setiap PID dibekalkan dengan 5-7 komputer, sebuah pencetak dan sambungan ke internet. Tahun 2008 ini, dibawah projek penambahbaikan, PID telah menerima 2 komputer riba, sebuah mesin faks, sebuah projektor, 2 webcam serta peralatan wayarles daripada KTAK.

PID juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web dan blog. Ia juga menyediakan e-servis utk komuniti setempat serta aktiviti-aktiviti bersama komuniti seperti Hari PID bersama masyarakat, bengkel dan seminar. Setakat ini, kesemua program yang dijalankan oleh PID telah dapat menambahkan kesedaran pada masyarakat desa tentang teknologi komunikasi dan informasi.

Sekarang, PID mempunyai misi iaitu membangunkan "vibrant communities" dimana aktiviti-aktiviti pembelajaran dan "networking" menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat dan ia adalah sebahagian daripada KPI (Key Perfomance Indicators) supaya ia kearah yang mampan dan teguh. Dengan sokongan yang padu serta latihan-latihan yang diberikan, ia dapat membantu PID berdiri dengan sendiri yakni mampan dan teguh pada tahun 2010 serta dapat memberikan kemajuan kepada komuniti.

Warisan Global Sdn Bhd adalah perunding utama yg dilantik utk menjalankan projek daripada KTAK ini. Jika ingin melihat senarai PID diseluruh Malaysia, layari http://pid.net.my/ jika ingin melihat gambar serta aktiviti mereka, layari http://www.flickr.com/photos/my_pid dan ingin melihat mereka di youtube, layari http://www.youtube.com/mypid

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Recent Posts

Recent Comments

Archives