Tanggal 21 Januari 2009, berlangsungnya pelancaran GEW untuk tahun 2009. Majlis ini diserikan dengan kehadiran beberapa orang VIP. Di antara VIP yang datang :
1. British High Commissioner: HE Boyd McCleary
2. MeCD: YB Dato' Saifuddin Abdullah

3. Academician Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Augustine S.H.Ong
4. Dato' Professor Joseph Adaikalam, Vice Chancellor/CEO (Binary University College)
5. Mr. Harvinder Singh, Managing Director (inControl Tech Sdn Bhd)
6. Dato’ Aric Ng Wai Sing
7. Mr. Philip Satish Rao, Partner/Advisory (Services Ernst&Young)

Sebelah kiri (YB Dato' Saifuddin Abdullah dan HE Boyd McCleary)

Sila lawati blog www.unleashingideasdash.blogspot.com / http://flickr.com/groups/927830@N21/pool/ untuk info yang terkini mengenai aktiviti global ini.

Salam Sejahtera Usahawan Sosial Malaysia,

Berita baik!!! Pada 3 - 8 Mac 2009 akan berlangsungnya e-Services Fasa 2 bertempat di Hotel Tanjung Bungah,Penang. Kali ini semua PID di seluruh Malaysia dapat berkumpul bersama-sama wakil komuniti yang dibawa. Dianggarkan 160 peserta turut serta dalam e-Services kali ini!! Banyak aktiviti yang menyeronokkan dan mencab
ar bakal berlaku..

Usahawan Sosial Malaysia!! Tandakan dalam kalendar aktiviti anda ya.. :)

Disertakan peta untuk tatapan anda.... Jumpa disana ya.... PID Boleh!!!


Untuk makluman semua, Latihan e-Services Fasa 1 Kumpulan ke-2 akan diadakan di Pantai Timur bertempat di Hotel Gem Beach Resort, Terengganu pada 13-14 Februari 2009. Sebanyak 7 buah PID yang akan dihadiri oleh 28 orang peserta. Kepada PID Timur (Marang,Kuala Besut,Kuala Krai,Kuala Balah,Bukit Goh dan Tanjung Kling), adakah anda semua telah bersedia???


Gambar ini diambil semasa Latihan e-Services Fasa 1 yang diadakan di Pusat Latihan UiTM,Tanjung Tualang,Perak yang berlangsung selama 2 hari (15-16 Disember 2008). Seramai 80 peserta (Penyelia&Pen.Penyelia termasuk 2 orang wakil komuniti). Disini mereka diperkenalkan kepada Portal PID dalam usaha membantu usahawan-usahawan PID mengharungi globalisasi. Ingin melihat gambar-gambar yang menarik sepanjang latihan ini berlangsung,lawati laman flickr kami. http://www.flickr.com/photos/mypid2/


"Setiap pertemuan ada perpisahan..segala kenangan dan jasa dikenang selalu"..
Di kesempatan ini, saya mengucapkan 'sayonara' kepada rakan seperjuangan dan juga warga PID yang telah meninggalkan perjuangan murni ini. Segala titik peluh,gurau senda dan tawa tangis bersama-sama dibingkai dalam lapitan hidup kami selalu..
Semoga anda semua berjaya diluar sana dan jangan segan untuk berhubung..jumpa di lain hari dan waktu..see ya..

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Recent Posts

Recent Comments

Archives