Salam 1Malaysia,

Pertandingan Blog Usahawan Baru adalah satu acara untuk mengiktiraf pencapaian para usahwan tempatan. Anugerah Usahawan Baru PID '09 ini terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia. Setiap calon usahawan diwajibkan untuk membina blog masing-masing. Pihak PID digalakkan untuk membantu dalam proses tersebut.
Daripada kesemua 40 pencalonan, pihak Kementerian akan menilai TIGA daripada pencalonan terbaik untuk menerima Anugerah Usahawan Baru PID '09.
Majlis penyampaian Anugerah Usahawan Baru PID '09 akan berlangsung pada Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009.
Pemenang Anugerah Usahawan Baru PID '09 akan menerima liputan media arus perdana dan tempatan. Profail khas meliputi kesemua 40 pencalonan Anugerah Usahawan Baru PID '09 akan turut diwartakan untuk paparan umum.

Statistik Blog Usahawan Baru yang terkini..

27 Blog

Untuk melihat blog mereka sila klik pada bahagian Blog Usahawan Baru KUSPID (disebelah kanan)
Diharap banyak lagi penyertaan dari PID dan KUSPID.




Selamat Sejahtera Usahawan 1Malaysia,

Tik..tok..tik..tok..masa berlalu, diingatkan kepada para usahawan 1Malaysia. Tarikh penghantaran Pertandingan Blog Usahawan dan DST adalah pada :

2 November 2009

Diharap anda semua sedang melaksanakannya dengan kreatif dan inovatif.

PID Boleh!!!



Selamat Sejahtera Usahawan 1Malaysia,

Disini adalah pautan contoh-contoh DST yang telah dilakukan oleh Penyelia dan Penolong Penyelia sebagai rujukan kepada para Usahawan.

PID Marang
PID Kota
PID Kuala Nerang

Sila klik pautan dibawah untuk mendapatkan cara-cara membuat DST

Modul DST

Diharap dengan tools ini, dapat memberi inspirasi kepada Penyelia dan Penolong Penyelia .
All The Best!!

ROLL CAMERA... ACTION!!



Tahniah kepada PID Song kerana telah menjadi tuan rumah untuk pelancaran Portal PID. Diharap dengan pelancaran ini akan meningkatkan lagi penggunaan Portal dan produktiviti komuniti Song malah juga di seluruh Malaysia.

Tahniah semua!!!


Pautan keratan akhbar The Star



Ayuh Usahawan Malaysia!! Kita mengemblengkan tenaga dan usaha dalam menjayakan Portal PID.

Pastikan anda aktifkan e-Kedai anda untuk membeli belah dengan YB.Dato' Joseph Salang Gandum,Timbalan Menteri 1 KPKK secara atas talian..


Jumpa anda disana!!!

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Recent Posts

Recent Comments

Archives