29 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011
8.00 pagi hingga 11.00 malam
Dewan Dato' Madi, Yan Kedah


Dijemput Warga PID datang meriahkan karnival ini!!


Salam Sejahtera Warga PID,

Karnival Usahawan & ICT adalah inisiatif MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selaras dalam usaha kerajaan meningkatkan ekonomi luar bandar. Ia mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat dari semua peringkat umur dan pekerjaan dengan pelbagai program berkaitan ICT dan keusahawanan bagi mencambah minat masyarakat terhadap kepentingan ICT dan usahawan pada masa kini.

Senarai telencenter yang terpilih untuk menganjurkan Karnival Usahawan & ICT 2010 :
  1. Pusat Internet Desa (Zon Utara)
  2. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Negeri Sembilan & Kelab Rakan Muda Kuala Pilah , Negeri Sembilan
  3. Pusat Komuniti ICT Lembah Keriang , ITU-UUM Kg. Tradisi Lembah Keriang & PJK Kg. Bukit Tangga , Kedah
  4. cITaKU Lab Selama , Perak
  5. Gabungan Medan Info Desa, Terengganu
  6. PJK Kg. Ubai , Kuantan , Pahang

Surat dari MSC Malaysia


Aturcara Majlis


Peta Lokasi


Promosi

Sila layari laman web rasmi Karnival Usahawan & ICT Pusat Internet Desa Zon Utara 2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut. PID Zon Utara dan Karnival Usahawan dan ICT 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa PID telah memenangi anugerah "Best Grassroots Entrepreneurship Partner" bagi GEW 2010.

Upacara penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakob bertarikh 21 November 2010 di Double Tree,Hilton Hotel.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan di dalam menjayakan kempen GEW 2010.


(Dari Kiri : Dato' Saifudin Abdullah - Patron GEW Malaysia, Puan Asfalaila - Wakil KPKK dan H.E Paul W. Jones - US Ambassador)


KURSUS ATAS TALIAN
“PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI”

Edisi 1

20 Dis 2010 - 30 Jan 2011 (6 Minggu)

Dialu-alukan kepada warga PID untuk menyertai kursus ini



Maklumat lanjut berkaitan kursus ini boleh diperolehi dengan melayari laman web ITU-UUM (http://www.itu.uum.edu.my) atau menghubungi En. Salman B. Sha’ri, Penyelaras Kursus di talian 04-928 4774 / email: salman@uum.edu.my.
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Layari :
Pengurusan Kewangan Peribadi (ITU-UUM)

Untuk dapatkan borang penyertaan, sila klik;


Salam 1Malaysia,

Dijemput warga-warga PID yang berdekatan hadir ke Showcase Satu Daerah Satu Industri yang bertempat :

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
Ayer Keroh, Melaka
10-12 Disember 2010
10 .00pagi - 10.00malam

Datang lah beramai-ramai meriahkan karnival ini.

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Recent Posts

Recent Comments

Archives