Salam 1Malaysia,

Selama 1minggu ini, berlangsungnya acara gemilang yang dinanti-nantikan oleh PID. Acara tersebut adalah Karnival Usahawan Sosial PID dan Minggu Keusahawanan Global.

Pada 17 November 2009, acara perasmian Karnival Usahawan Sosial PID di Hulu Langat, Selangor yang dirasmikan oleh Y.B Tuan Ismail Bin Ismail (ADUN Dun Dusun Tua). Acara tersebut dihadiri oleh tetamu khas iaitu Michael Levin (Entrepreneur-in-Residence, Kauffman Foundation, USA).


Untuk makluman lanjut, sila klik pada pautan ini :

GEW '09 - Asia

Untuk melihat aktiviti-aktiviti Karnival Usahawan Sosial PID, lawati laman web dibawah ini;

GEW Malaysia


Salam 1Malaysia,

Pertandingan Blog Usahawan Baru adalah satu acara untuk mengiktiraf pencapaian para usahwan tempatan. Anugerah Usahawan Baru PID '09 ini terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia. Setiap calon usahawan diwajibkan untuk membina blog masing-masing. Pihak PID digalakkan untuk membantu dalam proses tersebut.
Daripada kesemua 40 pencalonan, pihak Kementerian akan menilai TIGA daripada pencalonan terbaik untuk menerima Anugerah Usahawan Baru PID '09.
Majlis penyampaian Anugerah Usahawan Baru PID '09 akan berlangsung pada Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 November 2009.
Pemenang Anugerah Usahawan Baru PID '09 akan menerima liputan media arus perdana dan tempatan. Profail khas meliputi kesemua 40 pencalonan Anugerah Usahawan Baru PID '09 akan turut diwartakan untuk paparan umum.

Statistik Blog Usahawan Baru yang terkini..

27 Blog

Untuk melihat blog mereka sila klik pada bahagian Blog Usahawan Baru KUSPID (disebelah kanan)
Diharap banyak lagi penyertaan dari PID dan KUSPID.

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Recent Posts

Recent Comments

Archives