Gambar ini diambil semasa Latihan e-Services Fasa 1 yang diadakan di Pusat Latihan UiTM,Tanjung Tualang,Perak yang berlangsung selama 2 hari (15-16 Disember 2008). Seramai 80 peserta (Penyelia&Pen.Penyelia termasuk 2 orang wakil komuniti). Disini mereka diperkenalkan kepada Portal PID dalam usaha membantu usahawan-usahawan PID mengharungi globalisasi. Ingin melihat gambar-gambar yang menarik sepanjang latihan ini berlangsung,lawati laman flickr kami. http://www.flickr.com/photos/mypid2/


"Setiap pertemuan ada perpisahan..segala kenangan dan jasa dikenang selalu"..
Di kesempatan ini, saya mengucapkan 'sayonara' kepada rakan seperjuangan dan juga warga PID yang telah meninggalkan perjuangan murni ini. Segala titik peluh,gurau senda dan tawa tangis bersama-sama dibingkai dalam lapitan hidup kami selalu..
Semoga anda semua berjaya diluar sana dan jangan segan untuk berhubung..jumpa di lain hari dan waktu..see ya..

0 your comments

Post a Comment

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Recent Posts

Recent Comments

Archives