30/01/10 - Satu siri lawatan Warisan Global ke salah satu telecenter di Thailand yang terletak di Bankaotiam, Krabi. Kebanyakan penduduk-penduduk terdiri daripada petani dan nelayan. Kami tiba disana pada pukul 9.30 pagi. Setibanya kami disana, kami disambut oleh pengurus telecenter, Miss Vathanya dan juga beberapa komuniti.
Setelah berkenalan dengan Pengurus, kami dijemput duduk dibawah khemah yang telah disediakan untuk mendengar taklimat. Penerangan mengenai telecenter diberikan oleh seorang pelajar universiti bernama Sulita.
Setelah berkenalan dengan Pengurus, kami dijemput duduk dibawah khemah yang telah disediakan untuk mendengar taklimat. Penerangan mengenai telecenter diberikan oleh seorang pelajar universiti bernama Sulita.
Sulita menerangkan, telecenter ini berada dikawasan sekolah dan sudah bertapak selama 10 bulan. Tempatnya sangat strategik di mana sekolah ini adalah tempat tumpuan komuniti. Telecenter ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan diberi 10 komputer untuk beroperasi. Tangunggan ini hanyalah untuk 1 tahun sahaja. Selama 1 tahun, latihan akan diberikan kepada pengurus sebanyak 2kali.Sekiranya ada kerosakan, wakil kerajaan Thai akan turun padang dan membaikinya. Setiap bulan, pengurus akan menghantar senarai kedatangan yang telah diisikan oleh komuniti sebagai laporan bulanan. Kami difahamkan setiap hari pengunjung yang datang tidak kurang dari 20 orang.
Telecenter ini menyediakan kemudahan dan pembelajaran ICT kepada komuniti. Diantara kemudahan ICT yang disediakan adalah :
1. Kemudahan internet. Komuniti dibenarkan menggunakan komputer yang ada dan dikenakan bayaran sebanyak 10Baht untuk setiap 1jam.
2. Permainan pembelajaran video (Matematik dan English)
Di samping itu juga, pembelajaran ICT juga diterapkan disini. Diantara pembelajaran ICT adalah :
- Microsof Office.
- Dreamweaver khas untuk grafik.
Penduduk disekitar sangat bangga dan menyukai telecenter. Ini kerana, untuk mereka mendapatkan internet mereka perlu pergi ke Ao Nang (kawasan pelancongan) kerana disitu banyak terdapat Cyber Cafe.
Selepas mendengar taklimat, kami dibawa melawat ke dalam telecenter.
Sebelum kami berangkat menuju ke destinasi lain, kami sempat dihidangkan dengan makanan tradisional,iaitu cenkodok jantung pisang. Sungguh menyelerakan.
Warga PID, sekiranya untuk berhubung dengan Miss Vathanya boleh hubungi beliau melalui :
teen_top@hotmail.com dan juga anda boleh lawati laman web Bankaotiam Telecenter.