Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 (KKS PID 2010) telah berlangsung dari 1 Jun sehingga 18 Julai 2010 di 36 PID seluruh Malaysia. Karnival KKS PID tahun ke 3 ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dalam menggalakkan penggunaan ICT di dalam kehidupan harian terutamanya para usahawan.

Pada tanggal 30 Disember 2010, berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang diadakan di Dewan Dato' Madi, Yan, Kedah. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah :

  • Anugerah Karnival PID Dinamik
Anugerah ini diberikan kepada PID yang berjaya menganjurkan karnival yang bertenaga dan penuh dengan aktiviti-aktiviti bersama komuniti serta memenuhi semua kriteria penilaian pemarkahan.
  1. PID Langkap
  2. PID Balik Pulau
  3. PID Labis
Hadiah yang diberikan adalah :

Tempat Pertama: 1 set Komputer Peribadi dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: 1 Kamera Video dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: 1 Kamera Digital dan Sijil Penyertaan

  • Anugerah e-Kedai Kreatif
Anugerah ini pula diberikan kepada usahawan yang mempunyai daya cipta yang tinggi dalam mempamerkan dan mempromosi mereka di e-kedai.

  1. Wood Collection (PID Langkap)
  2. Dinar Restu Enterprise (PID Balik Pulau)
  3. Nir Utara Enterprise (PID Bkt Kayu Hitam)
Hadiah yang diberikan adalah :

Tempat Pertama: 1 Kamera Digital dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: Sebuah Pemain DVD Mudah Alih dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: Sebuah Telefon Bimbit dan Sijil Penyertaan

  • Anugerah Usahawan Tekno
Anugerah Usahawan Tekno adalah untuk usahawan yang mengambil bahagian secara aktif di dalam Mini Ekspo dan e-Karnival. Usahawan ini dinilai dari cara beliau menggunakan idea baru dalam memasarkan produk keluarannya.

  1. Mohd Nasir Mohd Afendi (PID Langkap)
  2. Theresa Ying (PID Song)
  3. Billy Songkoron (PID Tenom)
Hadiah yang diberikan adalah :

Tempat Pertama: 1 Kamera Digital dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: Sebuah Pemain DVD Mudah Alih dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: Sebuah Telefon Bimbit dan Sijil Penyertaan

Jutaan tahniah diucapkan kepada pemenang, diharap dengan kemenangan ini dapat menguatkan lagi iltizam dan daya saing yang sihat disamping mengeratkan silaturahim sesama usahawan.

0 your comments

Post a Comment

Pengenalan KUSPID

Blog Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa ini atau lebih senang difahami dengan nama KUSPID. Ia adalah sebuah medium untuk komuniti bertukar pendapat dan mengetahui aktiviti keusahawanan setempat serta sebagai platform untuk mendapatkan info. Ia dibina atas dasar keprihatinan dalam menghubungkan komuniti seluruh pelusuk negeri untuk mencapai satu matlamat yakni mengembangkan keusahawanan sosial. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sejuta manfaat kepada kita semua. "Komuniti Penggerak Keusahawanan Sosial Setempat"

Penafian ?

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Hak seorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 (1), Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan dengan jelas. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pengunjung/pembaca ketika melayari blog ini.

Recent Posts

Recent Comments

Archives